
Mungkin satu lukisan yang penuh misteri boleh dikatakan adalah lukisan Mona Lisa. Lukisan ini dilukis oleh pelukis terkenal Leonardo da Vinci, seorang yang telah banyak mengilhamkan ciptaan-ciptaan di luar dari zamannya. Leonardo dikatakan adalah seorang pelukis, pereka, jurutera, ahli matematik dan pelbagai lagi bidang menyebabkan ramai yang kagum.
Salah satu hasil dari da Vinci adalah lukisan Mona Lisa. Lukisan ini telah lama menarik minat saya. Saya selalu tertanya-tanya apakah kehebatan lukisan ini sehingga ianya menjadi salah satu karya agung. Ada yang mengatakan senyuman Mona Lisa ini nampak hidup. Ada juga yang mengkajinya dari sudut saintifik bagaimana Leonardo da Vinci menghasilkan lukisan ini. Ada juga yang mengkaji bahan-bahan yang digunakan oleh beliau semasa menghasilkan lukisan ini. Ada yang mengkaji dari sudut nilai kebudayaan, estetik dan juga seni lukisan tersebut.
Tidak kurang juga ada yang mengaitkannya dengan perkara luar biasa seperti UFO. Pelbagai teori konspirasi dibuat yang mengaitkan perkara-perkara aneh tentang lukisan da Vinci ini. Bahkan ada yang mengatakan lukisan ini mengandungi mesej tersembunyi dari Leonardo sendiri. Tetapi apa yang jelas bagi saya ialah Mona Lisa tidak ada bulu kening. Cuba anda perhatikan.
Lukisan ini sudah berusia lebih dari 500 tahun. Ianya masih lagi dalam keadaan baik. Ia juga pernah dicuri pada 21 August 1911 semasa dipamerkan di Musée du Louvre, Paris. Pencurinya adalah pekerja muzium itu sendiri, Vincenzo Peruggia. Lukisan ini berjaya diperoleh semula apabila Peruggia tertangkap.
Bagi saya lukisan ini adalah satu hasil sejarah. Ia memberi gambaran tentang keadaan pada zaman Leonardo da Vinci terutama bagi kaum wanita. Banyak interpretasi yang boleh dibuat tentang bahasa badan Mona Lisa dalam lukisan potret tersebut.
Sebenarnya tiadapun perkara yang ajaib tentang lukisan ini. Barat memang menyanjung lukisan ini, mungkin kerana ia adalah karya dari mereka. Namun fakta yang ianya telah dihasilkan 500 tahun dahulu dengan kualiti sedemikian adalah sesuatu yang mengkagumkan. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment